Tuesday, February 10, 2009
Aku Balik
Aku dah balik...
Windunya haku kat blog ni...
Dan windu kat korang semua gak....
Ok..nak rehat2 dulu...
Tata
Saturday, January 31, 2009
Makna F._.A._.M._.I._.L._.Y
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, dah ... pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan ungu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku ke biliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, " Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
" Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang ungu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang ungu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
melebihi keluarga kita, adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Renung2kanlah...........
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
p/s : rindu kat mak aku ..... :(
Thursday, January 15, 2009
Burrp !!!

Kamu Kerap Sendawa ?!!!
Ok..kali ni saje nak update pasal sendawa ngan korang....
Tu pun pasal aku kerap je sendawa hari ni...
Banyak betol angin dalam badan aku ni...
Tapi walau aku kerap sendawa...aku ada masalah utk kentut...
wakakakaka...
nape aku susah nak kentut erk?
siak je soklan....wakkaakaka
Sendawa dikaitkan dengan jumlah udara yang berlebihan di dalam perut.
Walaupun tidak merbahaya, sendawa yang berlebihan boleh mengganggu si penderitanya.
Gangguan ini berkait rapat dengan pengambilan makanan.
Makan terlalu cepat atau makan sambil bercakap boleh mempengaruhi masalah ini kerana ia meningkatkan jumlah udara yang korang telan...
Walau apapun...sendawa di hadapan org adalah satu kelakuan yang kurang sopan...
Jawapan pada soklan aku tadi....
masalah nak kentut...
kat sini aku nak kongsi satu tips...
yang aku jumpa...bukan aku saje2 reka oke...
Tips Buang Angin
~~~ Sekian ~~~
Sunday, January 4, 2009
Award & Tag 2009

First of all aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru wat semua kengkawan yg view blog aku nih....rasenya lom terlewat lagi kan....
Lagipun memang aku saja pilih 4hb Januari 2009 baru aku nak hapdate.... sebab apa? sbb aku suka nombor 4...mmg niat nak hapdate 4 hb...( hahaha..dan2 cover )
Alang2 dua org tag aku benda yg sama sori wat korang2 yg dtg blog aku ni...aku dah lama x hapdate... dah bersawang pun blog ni...Sebenarnya aku ketiadaan mood nak hadap blog...kalo dah nak hadap blog pun aku malas, apatah lagi nak menghapdate nya....
Memamg antara azam aku nak kurangkan aktiviti online aku...atau dengan kata lainnya nak blah terus dr dunia blogging atau ym ni...
Maybe ni antara tag dan award terakhir yg aku dapat...hehe...
Malas nak citer panjang..meh kita tgk tag tu... To Mully & Ida...aku dah jawab ni.....
10 of my facts and hobbies:
Peraturan untuk menerima award ini ialah:
1. Copy badge “2008 Cute’s 3logger Award” di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan “anda telah di tag - sila layari blog untuk mendapatkan award anda”.
Sebenarnya aku tak tau nak pilih sape... terima je la erk pada nama2 kat bawah ni erk
~~~ s_p_0_n_g_e ~~~
harap ko leh wat tag ni...pasal ko x pernah kena tag & dapat award kan... lagipun ko dah nak sambung belajar...So encik s_p_0_n_g_e ...sila jawab tag aku ni...
~~~ Apizz~~~
Apizz lak..sama gak x pernah kena tag ngan dpt award kan...so jgn segan silu jawab tag ni ye...
Cik adik salwanee comel pun nak tag gak...padan muka!!! cuti lama sangat... hehe
Cukup ar 3 org je..aku x tau nak tag sapa lagi...
___Sekian___
