Saturday, January 31, 2009
Makna F._.A._.M._.I._.L._.Y
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, dah ... pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan ungu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku ke biliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, " Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
" Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang ungu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang ungu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
melebihi keluarga kita, adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Renung2kanlah...........
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
p/s : rindu kat mak aku ..... :(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
rs sedih plak baca ni nyah:(
tu pasal mawaddah :(
uWwaaa... rindo gak!!!!
interesting=)
tsentuh gak aku bace cite neh huhu..
eh nes.. aku tak bape nak dpt menghayati la.. tapi kalau adik beradik.. sepupu sepapat.. dua papat.. laki bini.. atuk nenek nk letak mane lak???
salam..
isk2...
iada, ko letak kat dalam peti ais yang mana kosong...
mhuahuahua..
~~~ eus ~~~
tau xpe ...huhuhu
~~~ ‹–…•!ŊĨ ªžhªÿªÐ•…–› ~~~
hehe...
~~~ putra ~~~
tersentuh ke?...sama la kita :(
~~~ aku_ida ~~~
hahaha...diam2 sudeyyyy !!!
yeop cakap letak laa lam peti ais ... wakakakakakaa...yg tu basic je la ida... lain2 ko pandai2 laa tambah sendiri...wakakakak
~~~ tempayanbudu ~~~
wassalam
tu pasal..letak je lam peti ais :))
nice to meet you, thanks to lana
Patut la aku pelik nape dlm cite tu ko jadi mak :zzz:
Anggap la ape yg blaku dlm cf tu ko x pnah dgr n tau huhu...
lalallalalaalaalalalaaa
aku
nak
buat
semak
dalam
ini
kotak......
hehehehehe
neslo ni dh ade anak kecik ke....kawen x ajak pn..
~~bro dracula~~
nice to meet u too bro drakulat...
hehe...thanks to lana da lesbo..
waaaakkaa
~~putra~~~
wakakakaka....
koi nak gelak je ni....
wakakkakkakka...
seyes lawak la put ni...
Anda Gagal Putra !!!
wakakkakakaka
~~aku_ida~~
sila2 semakkan diri anda....
lalalala \:D/
~~apizz~~
bukan takat anak kecik je...
anak besor gedabak pun koi ada ni... wakakkakakakak
Salam ziarah
My Family is everything. Thank you
huhuh~~kekdg..mmg de bnd y kite tak sedar...tp crite ni mmg penuh ngan nasehat n pgajaran..")
Salam neslo... artikel ni mmg terbaik la..berkesan untuk sedarkan diri kita....sayu je aku baca..huhuhuhu windu mak ayah aku, adik2 aku la...,
aku suka yg ni aje nes...
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
Sedih nyer citer nih... Boleh dijadikan peringatan sendiri pada bila2 masa.
n3sl0.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading n3sl0.blogspot.com every day.
faxless payday loans
payday loan
Post a Comment