I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum wbt

Ramadhan muncul kembali. Padanya terkandung rahmat dan maghfirah Ilahi. Bulan yang menjanjikan balasan pahala yang tak terkira banyaknya. Syukur Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi bulan Ramadan ini.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Mulia Ramadhan Al Mubarak bersama-samalah kita menginsafi diri dan meminta ampun ke atas dosa-dosa kita dan melebihkan amal ibadat di bulan mulia ini. Perbanyakkan amal ibadah di malam hari. Amalan solat sunat dan bermunajat ke hadrat Ilahi. Mengharapkan keampunan Allah SWT. Semoga Allah swt membuka hati kita dan menjadikan kita manusia yang lebih patuh dan taat kepadaNya, Insya-Allah.

Dengan kesempatan ini juga n3sl0 ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua yg mengenali saya samaada rakan biasa atau baik, rakan jauh mahupun rakan rapat, juga musuh dan juga musuh dalam selimut dan serta mungkin yang tidak berkenaan, ampunilah segala dosa saya terhadap kamu semua jika ada yang memendam di hati.Marilah kita sama-sama mengeratkan silaturrahim. Kita bersaudara sesama Islam.

:fatpanda:Akhir kata,

:s::e::l::a::m::a::t:

:b::e::r::p::u::a::s::a:

kepada semua...!!!:tareflower:

Friday, August 29, 2008

Salam MERDEKA

Bismilahirahmanirrahim & Assalamualaikum wbt...


Sempena Hari Kemerdekaan ni...
Kita wat en3 pasal :m: :e::r::d::e::k::a: gak ek.
Kenalkah korang ngan gambar2 kat bawah ni?
Ok kalo masih tak kenal atau masih tak tahu...
kalo tak kenal...toksah duk mesia laaaa
Meh kita kenal2..sapekah beliau2 ni...

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Bapa Kemerdekaan
1957 - 1971

Tun Abdul Razak b. Hussien
Bapa Pembangunan
1971 -1976

Tun Hussien Onn
Bapa Perpaduan
1976 - 1981

Tun Dr. Mahathir Mohamad
Bapa Permodenan
1981 - 2003

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi


>>>>>>>>>><<<<<<<<<<

Meh kita tgk logo Hari Kemerdekaan kali yg ke-51 ni

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Jika sudah ada tema dan logo, tentu tidak lengkap jika tiada lagu khas untuknya. Kat bawah ni adalah lagu tema hari kemerdekaan ke 51 yang dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Lokgha;

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan


:m::e::r::d::e::k::a:

:m::e::r::d::e::k::a:

:m::e::r::d::e::k::a: