I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 24, 2008

Mari Blajo Bahse Tranung

Bismillahhirrahmannirrahim...& Assalamualaikum wbt...

:s:emua orang sedia maklum, kalo orang Tranung bercakap, perkataan yang berakhir dengan huruf 'N' pasti akan ditambah dengan huruf 'G' dihujungnya. Sebagai contoh perkataan "Makan" akan menjadi "Makang", "Pinggan" akan jadi "Pinggang", "Ikan" akan jadi "Ikang".

:w:alaubagaimanapun, jenis2 perkataan di atas korang masih boleh faham. Macam mana pula dengan perkataan2 yang hanya orang Tranung je yang gunapakai ? So, kat sini leh kita sama2 belajo bahse2 Tranung yang mungkin korang tak berapa nak paham...

larilari1. Sokmo : iaitu sentiasa, omputih kata always
Contoh ayat : "Mung nie aku tengok senyum sokmo," kata Cik Sawa pada kawannya.
Maksudnya : "Kamu ni saya tengok sentiasa senyum," kata Cik Sawa pada kawannya.

meler2. Dok rok (sebutan Doc Rock) ; iaitu Tidak Larat, Penat , Letih
Contoh ayat : "Mung mari tolong aku akak kotok nie, aku dok rok akak sorang aa," pinta Bedoh pada Gayoh.
Maksudnya : "Kamu mari tolong aku angkat kotak ni, aku tak larat nak angkat sorang²," pinta Bedah pada Gayah.

mandi3. Dok reti setabuk ; iaitu tidak tahu langsung
Contoh ayat : "Aku dok reti setabuk nok cakap orang putih," kata Jenab apabila Izah menyuruhnya menjawab pertanyaan pelancong mat salleh itu.
Maksudnya : "Aku tak tahu langsung nak cakap dalam English," kata Jenab apabila Izah menyuruhnya menjawab pertanyaan pelancong mat salleh itu.

yay4. Lebong/Plawok ; iaitu tipu /menipu/ditipu (kena kencing)
Contoh ayat : "Natang Mat Duang, yer lebong kat ku kata Erra Fazira ade nyanyi kat Pantai Batu Buruk nung," luah Abu Songkok dalam nada marah-marah setelah mendapati Erra Fazira tiada di Pantai Batu Buruk.
Maksudnya : "Hampeh Mat Duang, dia tipu kat aku kata Erra Fazira ade show kat Pantai Batu Buruk," luah Abu Songkok dalam nada marah2, setelah mendapati Erra Fazira tiada di Pantai Batu Buruk.


cool5. Boloq woq ; iaitu penuh sesak / ntah apa2 ntah (bergantung pada situasi)
Contoh ayat : "mung tau dok, tadi aku naik LRT, orang dalam tu boloq woq sekali," luah Jenny(Jenab) pada Siti Baiduri.
Maksudnya : "Kau tahu tak, tadi aku naik LRT, orang kat dalam tren penuh sesak," luah Jenny(Jenab) pada Siti Baiduri.

Contoh ayat : "Mende laa hok Semoh tu duk nyanyi dari takdi,bolok woq skali," kata Syaidatul Aisya kepada Munirah Khaleda.
Maksudnya: "Apalah yang Semah tu duk nyanyi dari tadi.Ntah apa2 ntah yang dia nyanyi tu," kata Syaidatul Aisya kepada Munirah Khaleda.

maksud6. Deboq ; iaitu pukul belakang badan dgn menggunakan tangan
Contoh ayat : "Mung jangan wak hal Lana weh...aku deboq mung kang," kata Nyor( sejenis org ) kepada Lana.
Maksudnya:"Engkau jgn buat hal Lana...nanti aku pukul belakang ko," kata Nyor kepada Lana.

nanana7. Parok ; iaitu keterlaluan/ parah
Contoh ayat : "Kohor parok aku tgk Minoh anok Mokcik Nab lening...sexy nok mapuh,"kata Lan kepada Mat Jenin.
Maksudnya : "Aku tgk Minah anak Makcik Nab sekarang sexy yang amats," kata Lan kepada Mat Jenin.

nendangbola38. Dok oh ; iaitu over /keterlaluan
Contoh ayat : "Beng dok oh lalu ngat makeup tu Sari wei...bukan kohor lawo, kohor udoh ada ar," kata Zenab kepada Sari, sambil ketawa gelihati.
Maksudnya : "Jgn over sangat makup tu sari, bukan makin cantik,tapi makin buruk," kata Zenab kepada Sari, sambil ketawa gelihati.

tidur9. Starang ; iaitu langsung
Contoh ayat : "Dok dang starang aku kejor Yusri tadi. Aku nok bayo utang dia ni...hemm dakpe ar...esok2 ar;" kata Bliss kepada Epe Ensem.
Maksudnya : "Tak sempat langsung aku kejar Yusri tadi. Aku nak bayar hutang dia ni...hemmm takpe la..esok2 la aku bayar." kata Bliss kepada Epe Ensem.

bonyok10. Dok Tong / Derak ; iaitu melepak, merayau, berjalan-jalan
Contoh ayat : "Mung gi dok tong mana takdi Syakilla weh," marah Pak Nordin kepada anaknya.
Maksudnya : "Mana kamu merayau tadi Syakilla," marah Pak Nordin kepada anaknya.

:b:anyak lagi sebenarnya, tapi aku dah tak larat nak taip. Nanti ada masa dan idea, aku sambung lagi. Lagipun aku takut korang ambik MC pasal lidah terpeleot baca entry aku kali ni.

Ngeh ngeh ngehhhh..... gyahahaha

belajar:k::e: :r::j: :a: :r::v::m::a::h: untuk anda. Sila terjermahkan ayat dibawah ini :-

"Kalu mung jupe orang Tranu, mung jangang ah wak nganjing ke dia. Aku takut kekgi mung kena plekong ngan kasut. Daroh hanyar. Masuk spital. aku kabor doh ni.Jangan kate aku dok pesang awal2 ke mung. Mung ingak molek mende hok aku royak ni"

Selamat Mencuba !!! hehe.. ketawasetan

nononop/s: nama² dalam watak di atas tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau mati. Harap maklum. Peace! hmm

4 comments:

Chokilala said...

xde mengena? eii apsal rasa mcm ade kena mengena je? hehe. kemusykilan melanda. ade nama daku~

Unknown said...

menda gok mung ngapek malam2 buta ni?

alif-mikail said...

rima...
ada gok org ganu sining.. boleh la wak pelawak bebanyak.. ha ha ha ha hancing...

]¦•¦[ ŋ3ŝŁ0 ]¦•¦[ said...

alif-mikail...
PELAWAK yg aok kate ni, Nawok a.k.a Lebong ke??? Pelawak hok org wat lawok a.k.a klako tu???