I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, September 14, 2008

Love Urang Utan Award

:soldier_02:
Daku dapat award lagi...Kali ni dari BudakHutan.
Tapi award dia kali ni lain dari yang lain..
Buat BudakHutan yang amat mencintai sumber alam tu...
Terima kasih bebanyak kerana bagi n3sl0 award ni...

Ada mesej yg ingin disampaikan disebalik
LOVE AWARD

iaitu mengenai Selamatkan Urang Utan.

:soldier_54:
Dengan sukacitanya n3sl0 nak share award ni ngan kengkawan n3sl0...
calon2 nya adalah:

[C][A][T]
/\/\!z@
Putri Mie
Kelapa_Nyor
Eiffelz
Lana
Yusry
Bliss
aQram
Miloais
Chokilala
Shark
iEn
PGE46
Ajue
Cik YUYU
Eriyza


Pada sesapa yang melawat blog n3sl0...
Sila Ambil Perhatian la ye...
kita sama2 lindungi urang utan ni erk...
Meh kita baca sikit mengenai orang Utan ni....
:soldier_50:

************************************************

Seperti yg kita maklum..urang utan ni adalah spesis haiwan terancam.
Haiwan ini memang sinonim bagi sektor pelancongan Sabah, malahan menjadi maskot beberapa produk dan acara berkaitan pelancongan.
Pelbagai usaha giat dijalankan di Pusat Perlindungan Urang Utan di Sepilok, Sandakan bagi memulihara spesis ni.

Malahan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pencinta alam khuatir insiden pemburuan/pembunuhan urang utan menjadi petanda negatif terhadap masa depan Orang Utan di Kepulauan Borneo, khususnya di Sabah.


Kejadian pemburuan/pembunuhan terhadap orang utan menunjukkan tahap kesedaran orang ramai mengenai penjagaan haiwan berkenaan masih rendah walaupun pihak berkuasa menetapkan penganiayaan terhadap Urang Utan adalah salah kerana ia dilindungi mengikut Enakmen Perlindungan Jabatan Hidupan Liar Sabah 1997.

Kegiatan pembalakan juga
memberi kesan terhadap Urang Utan kerana ia semakin kehilangan habitat kerana haiwan berkenaan sangat sensitif terhadap gangguan habitat yang berpunca daripada kegiatan manusia.

Bagaimanapun, usaha menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan memelihara Urang Utan tetap ditingkatkan termasuk mengadakan bengkel membincangkan kedudukan Urang Utan di Sabah.

Sehubungan itu, pihak berkuasa menetapkan perlindungan dan pengekalan kawasan semulajadi tanah rendah yang menjadi habitat utamanya ditingkatkan untuk kesinambungan hidup spesies primat berkenaan dalam jangka masa panjang.

Dalam usaha mengukuhkan usaha pemeliharaan Urang Utan di negeri ini, tiga kawasan perlindungan dikenal pasti di pantai timur Sabah iaitu Tabin, Kulamba dan Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan yang dianggarkan mempunyai kira-kira 3,000 Orang Utan.

Dengan itu pembabitan semua pihak bagi melindungi Urang Utan dinegeri ini amat penting, bukan setakat mengelak ia pupus, malah untuk menjadikannya aset pelancongan yang amat berharga.



Save Urang Utan Save The World:soldier_53:

16 comments:

Anonymous said...

td aku bace laen..
kate tak mboh pass award..
dan2 g edit..
manyak plak list pemenangnyer..
[gelak gulim2]

Anonymous said...

lupe laks.. tenkiu cik neslo [tiom siku nes]

sihodoh said...

tocei2.. bukan setakat org utan.. segala mcm org pon aku selamatkan

A j u E said...

betul..betul..betull...nsb org asli pon aku bela pasni.huhuhu

iEn said...

xbrapa paham award ini, apa yg kita nak statekan dalam posting yer? kene citer pasal orang utan ke? :D

Anonymous said...

ako tamo kene tempias owank utan :(

Ummu Adasha said...

erk..kompom edit..tadi koi rasa nama koi takde :gulin2:
ahahhahaa...
TQ anyway sayam :tiom:
marila kita menjaga org utan :peace:

Chokilala said...

thanks. hehehe :)

Unknown said...

mekascih neslo kongsi award ini.
dpt gak merasa award satu

yashygsempoi said...

yeahhh~
chentai lah ureng wutan~
tanpa ureng utan sapew la neslo~
adeyh~

wakkaakka~

]¦•¦[ ŋ3ŝŁ0 ]¦•¦[ said...

~putri mie~
mmg memula namo kongsi...tapi aku nak tgk korang hapdate lorrr...
Sekurang-kurangnya aku kasi bahan...:bluwekkk:

~nyor~
sila2 selamatkan semua...termasuk diri sendiri...:hehe:

~ajue~
wahhhh...nak bela org asli?
wat anak angkat ke wat laki?
:keh keh keh:

~iEn~
apa saja berkenaan urang utan kalo mau...

~lana~
wahhhh...ko bukan seorang penyayang pada hewan2 la lana...
patut pun ko salu kena buli ngan acik :gelakguling2:

~pge46~
eh suka hati aku laaa nak edit ke hape...kalo namo sudah...:syuh syuh::siul:

~cit choki~
sama2...hehe

~shark~
welkam bebeh...ni baru satu...pasni sure ada lagi...hehehe...

~yasha~
adessss...ko neh....
:tunjukpisau:

~SEMUA~
thanks coz sudi tinggalkan komen ye...

أكرم حسني said...

xsilap aku org yg first comment kat atas tu bermusuh ketat ng spesis utan ni..?

]¦•¦[ ŋ3ŝŁ0 ]¦•¦[ said...

ye....tepat skali Qeram wehhhh...
anda mmg betol !!!
Sploh markah buat anda...
wakakakaaa...
dia lak over excited...padahal dia paling tak suka spesis monyet neh...
Aku saje je..senaraikan dia gak..nak tgk post en3 dia camne...hehehehe...
:gelak jahat:

أكرم حسني said...

tah..siap tiom siku la..ape la..cakap x serupa translate btol..

Eriyza said...

Tq eh. Cheq dah post tp tatau laa betoi tak caranya. Redah ajelah. :)

iEn said...

award sudah diupdate.. thx